Produk-produk Lain

Backup4all Professional
perisian sandaran yang anda boleh gunakan untuk membuat sandaran dokumen anda yang paling penting dengan mudah. Membuat sandaran ke FTP, DVD, atau media mudah alih yang lain. mengekalkan versi fail yang berbeza, melakukan sandaran tokokan dan kebezaan, menggunakan penyulitan AES, boleh jeda / mula semula sandaran dan menawarkan lebih banyak lagi ciri-ciri.

novaPDF adalah pencipta Vista PDF yang mempunyai keupayaan tinggi. Anda boleh menggunakannya sebagai satu pencetak rangkaian PDF berkongsi, di Terminal Server atau melalui Remote Desktop Connection.
Mempunyai ciri-ciri untuk mengenalpasti pautan dan tanda buku PDF, untuk menambah tera air PDF, untuk mengirim PDF melalui email dan banyak lagi.

 Dapatkan kemaskini melalui RSS

Dapatkan berita tentang FBackup melalui email

CNET Download 5 Star
Laman Web yang Menarik
 Ulasan tentang FBackup di MakeUseOf
Ulasan tentang FBackup di gHacks

" must say..I've tried many backup applications over the years. Cobian, Comodo to name a couple. Though those are very good, freeware solutions. I must admit that after trying FBackup, this one is the best I've ever used. It's clean and polished interface is also very powerful and unique as far as backup software is concerned. It also utilizes "Plug-Ins". Allowing the user to have the program automatically backup specific files and programs depending on the Plug-In used, very cool! This is a MUST have utility for me. Once you try it, I think you'll see what I'm talking about. Thank-You SnapFiles, for letting me find this gem! "

FBackup4.7 perisian sandaran percuma

untuk Windows 7, Vista, XP, 2008/2003/2000 Server (32 dan 64-bit)
16.2 MB | 4.7.270
Mirrors | Changelog

Percuma. Boleh dipercayai. Mudah

FBackup adalah satu perisian sandaran percuma untuk kegunaan sendiri dan komersil. Ia melindungi data mustahak anda dengan menyandarkannya secara automatik kepada sebarang peranti usb/firewire, lokasi setempat atau rangkaian. Data sandaran ini sama ada dimampatkan (menggunakan pemampatan zip standard) atau salinan yang sama dengan fail original.

Perisian sandaran

Mempunyai antara muka yang mudah dan membimbing anda melalui proses bagi menentukan kerja sandaran menggunakan wizard yang mesra pengguna yang bertanya kepada anda:

  • Di mana anda ingin menyimpan sandaran (destinasi).
  • Apa yang anda ingin sandarkan (sumber).
  • Bagaimana anda ingin menjalankan sandaran (menggunakan sandaran penuh di mana fail tersebut dizip, atau sandaran cermin di mana mereka tidak dizip).
  • Bila anda ingin menjalankan sandaran (anda boleh menjadualkannya untuk dijalankan secara automatik atau dijalankan secara manual.

Sebaik sahaja kerja sandaran ditentukan, anda boleh menjalankan ia secara manual dengan menekan berbutang sandaran (atau F6), atau sekiranya anda menambah penjadual, ia akan berjalan secara automatik. FBackup dapat membuat sandaran sumber dari pemacu tempatan dengan mudah (termasuk pemacu sambungan USB) ke destinasi seperti peranti sambungan usb/firewire atau lokasi rangkaian tersimpan. Ia menghasilkan sama ada fail zip standard (bila menggunakan jenis sandaran penuh), atau salinan yang sama dengan yang sumber yang original tanpa sebarang pemampatan (menggunakan jenis sandaran cermin).

Ciri-ciri Utama

Ia adalah percuma untuk kegunaan sendiri dan komersil.
FBackup merupakan perisian sandaran percuma untuk kegunaan komersil dan sendiri. Ini bermakna bahawa anda boleh menjimatkan wang kerana tidak perlu membeli program sandaran yang lain.

Membuat sandaran secara automatik.
Anda menentukan kerja sandaran, menetapkannya untuk berjalan secara automatik, dan lupakan ia. FBackup secara automatik akan menjalankan sandaran pada tarikh yang telah dijadualkan, oleh itu anda bukan sahaja dapat melindungi data anda, tetapi anda juga akan menjimatkan masa yang sangat berharga.

Membuat sandaran dengan pemampatan zip standard.
Ketika menggunakan jenis sandaran penuh, sumber akan diarkibkan menggunakan pemampatan zip standard. FBackup menggunakan pemampatan ZIP64, yang mana bermaksud bahawa ia boleh menghasilkan saiz fail zip lebih daripada 2gb. Selanjutnya, anda boleh melindungi fail zip tersebut dengan keperluan katalaluan untuk mengekstrak data daripadanya.

Salinan fail yang sama.
Jika anda tidak berhasrat untuk menyimpan fail tersebut dalam sebuah fail zip, FBackup boleh menghasilkan salinan yang sama dengan sumber sandaran. Memandangkan FBackup juga akan membuat sandaran folder yang kosong, anda boleh menggunakan jenis sandaran ini untuk menghasilkan salinan " cermin " bagi fail original di destinasinya.

Menjalankan tindakan sebelum/selepas membuat sandaran.
Bagi setiap kerja sandaran anda boleh menentukan tindakan untuk dilaksanakan sebelum atau selepas sandaran. Sebagai contoh, anda boleh menetapkan tindakan "Sandaran Kosong" sebelum sandaran berjalan, supaya semua fail sandaran yang sebelumnya akan dikosongkan sebelum pemuatan yang baru. Sebagai tindakan selepas-sandaran, anda boleh menetapkannya kepada tunggu sedia, log keluar, hibernasi atau pun penutupan komputer sebaik sahaja sandaran disempurnakan dengan jayanya.

Mudah digunakan.
Dua fungsi utama program sandaran adalah operasi sandaran dan kembalikan. FBackup menjadikannya mudah untuk anda, dengan menawarkan pendeta mesra pengguna. Anda memulakan pendeta sandaran yang baru, pilih apa, di mana, bagaimana dan bila untuk membuat sandaran, dan yang sokongan adalah bersedia untuk menjalankan. Jika anda perlu mengembalikan fail, anda akan membuka pendeta kembalikan dan ia akan bertanya kepada anda di mana anda inginkan fail untuk dikembalikan.

Kemaskini automatik.
FBackup menyemak secara automatik untuk kemaskini secara mingguan, oleh itu anda akan mengetahui bilamana versi baru dikeluarkan. Pilihan untuk menyemak kemaskini boleh dilumpuhkan, tetapi kami menasihati supaya ia dibolehkan supaya FBackup sentiasa terkini.

Berbagai destinasi sandaran. Pada nilai tentu-awal lokasi di mana anda membuat sandaran akan disimpan di petakan tetingkap setempat. Untuk memastikan yang anda mempunyai sandaran yang dijamin selamat, anda perlu menyimpan sandaran tersebut di destinasi lain yang disokong oleh FBackup (seperti pemacu luaran usb/firewire, atau di pemacu rangkaian tersimpan). Dengan cara ini, sekiranya komputer anda mengalami kepincangan perkakasan, data anda selamat di lokasi luaran.

Plugin sandaran.
Anda boleh memasukkan plugin untuk sandaran atau kembalikan tetapan program tertentu atau data tersuai yang lain (seperti simpanan permainan, data email, dsb) Sebaik sahaja dimuatkan ke FBackup, plugin ini akan memasukkan senarai sandaran pratakrifan, sumber yang hendak disandarkan untuk program tertentu. anda boleh melihat semua senarai plugin sandaran yang boleh digunakan di sini: Plugin Sandaran Percuma.

Membuat sandaran file yang terbuka.
Sekiranya fail sedang digunakan oleh program yang lain ketika sandaran dilakukan, FBackup masih mampu membuat sandaran bagi fail tersebut, kerana ia menggunakan Volume Shadow Service yang terdapat dalam Windows. Yang demikian, asalkan anda di atas Windows 7, Windows XP, Windows Vista, Windows 2003 Server or Windows 2008 Server, FBackup akan membuat sandaran bagi fail yang terbuka. Sebagai contoh, anda boleh membuat sandaran email dan tetapan Outlook anda tanpa menutupnya terlebih dahulu.

Pelbagai-bahasa.
Memilih bahasa untuk antara muka pengguna daripada bahasa yang disokong pada masa ini. Jika anda ingin membantu kami menterjemahkan laman web ini atau antara mukanya ke dalam bahasa lain, anda boleh melakukan begitu dengan mengunjungi laman Bahasa


FBackup adalah satu perisian sandaran fail percuma, ia tidak disyorkan untuk sandaran sistem penuh (sandaran imej)